Tuesday, 21 February 2012

Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya beberapa faktor

Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Dulu USD 1 = RM 3.80 dan sekarang 2011 nilai USD 1 = RM3.09 dan bakal menyusut akibat kegawatan ekonomi di US. Tahun 2012 ??? adakah RM2.95 ???


Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun. Jika Dahulu Pada Tahun 2001 Harga Kuih Karipap RM1.00 = 5 Biji ..and now berapa ? RM1.00 = 2-3 biji ..anda kerugian 2-3 biji ?? Sebab apa ?? sebab ia dinamakan inflasi ..nilai susut wang kertas anda..


Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Harga minyak memain peranan penting dalam menentukan kadar pertumbuhan sesebuah negara...:) ..sebab semua sektor industri , makanan , peruncitan , pembekalan , pengangkutan , pengilangan , udara ..memerlukan bekalan minyak untuk beroperasi..bila harga minyak melambung tinggi...harga barang akan meningkat ..bila harga brg meningkat ..kadar inflasi pun seiring..EMAS DAN PERAK akan tersenyum riang :)

No comments:

Post a Comment