Harga emas atau kenaikan harga emas kita dapat meramal dengan
cara mudah iaitu melalui graf sejarah kenaikkan harga emas.Sejarah harga emas boleh didapati
dilaman web www.kitco.com.Berdasarkan graf di atas, kita dapat membuat beberapa kesimpulan :
1.Harga emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang dari tahun ke
tahun.Jadi pelabur emas,pembeli emas atau penyimpan emas tidak akan rugi.
2.Harga emas dalam jangkamasa
pendek, berlaku kenaikan dan penurunan.Jadi untuk memaksimunkan keuntungan, belilah emas masa harga rendah
dan jual pada harga tinggi.Jika anda membeli
emas pada masa yang sesuai,anda
akan dapat untung hanya dalam beberapa bulan.
3.Pada tahun 2008 berlaku kenaikan emas paling sedikit iaitu
hanya 8% setahun kerana berlaku krisis ekonomi global. Krisis ini menyebabkan
bank-bank di Malaysia terpaksa bergabung.
4.Purata kenaikan harga emas dalam 10 tahun ialah 46% setahun
dan purata kenaikan harga emas dalam 5 tahun ialah 33%. Maksubnya jika anda
menyimpan emas selama 5 tahun,kenaikkan harga emas adalah 165% iaitu jika anda
beli satu gold bar berharga RM100,selepas 5 tahun harganya menjadi RM265.Jadi
pelaburan emas adalah pelaburan terbaik dan lebih menguntungkan dari ASB atau
pelaburan wang dana amanah dan sebagainya.
5.Berdasarkan graf 10 tahun, bermula tahun 2005, didapati emas
naik dengan mendadak kerana permintaan tinggi terhadap emas disebabkan banyak
kegunaannya dalam dunia moden. Emas bukan sahaja digunakan sebagai barang
kemas,jongkong emas,piala emas, tapi juga digunakan dalam komputer,telefon
bimbit dan sebagainya
6.Kenaikkan atau penurunan
harga adalah berkadaran dengan kecerunan graf. Lagi cerun sesuatu graf,
kenaikan adalah lagi tinggi. Graf kenaikan harga emas di dapati berbentuk
lengkung keatas, bukan garis lurus. Ini bermaksub, peratus kenaikkan harga emas akan
sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.
7.Masa yang paling sesuai untuk membeli emas adalah pada harga
rendah iaitu bulan januari atau jun.Saya mulai melabur emas pada bulan julai
2010 dan pada masa itu harga jongkong emas 100g adalah RM13,600.
No comments:
Post a Comment