Wednesday, 3 October 2012

31 Kelebihan Melabur & Menyimpan Emas

Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja, hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.

Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.

Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu”

Jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 31 kelebihan melabur didalam emas adalah
  1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur.
  2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
  3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
  4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
  5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
  6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
  7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM700 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi” 
  8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
  9. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
  10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
  11. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
  12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
  13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
  14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
  15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan...16-31 Samb. pada siri akan datang

No comments:

Post a Comment