Tuesday, 21 February 2012

Peratus Dividen Yang Diberikan Oleh Institusi Kewangan

Cuba anda lihat gambar di bawah, masih anda berminat untuk menyimpan di Institusi Kewangan. Apa kata anda cuba beralih arah ke arah PELABURAN EMAS, pasti menguntungkan. ANDA RISAU? Jangan risau kerana emas mudah dicairkan di mana-mana Institusi Kewangan.


Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya beberapa faktor

Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Dulu USD 1 = RM 3.80 dan sekarang 2011 nilai USD 1 = RM3.09 dan bakal menyusut akibat kegawatan ekonomi di US. Tahun 2012 ??? adakah RM2.95 ???


Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun. Jika Dahulu Pada Tahun 2001 Harga Kuih Karipap RM1.00 = 5 Biji ..and now berapa ? RM1.00 = 2-3 biji ..anda kerugian 2-3 biji ?? Sebab apa ?? sebab ia dinamakan inflasi ..nilai susut wang kertas anda..


Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Harga minyak memain peranan penting dalam menentukan kadar pertumbuhan sesebuah negara...:) ..sebab semua sektor industri , makanan , peruncitan , pembekalan , pengangkutan , pengilangan , udara ..memerlukan bekalan minyak untuk beroperasi..bila harga minyak melambung tinggi...harga barang akan meningkat ..bila harga brg meningkat ..kadar inflasi pun seiring..EMAS DAN PERAK akan tersenyum riang :)

Monday, 20 February 2012

Promosi Set Menguji Ketulenan Emas


1 set Acid 1 & 2(termasuk batu, rak kayu & botol kaca), dan Magnet Neodymium


Cuma RM170 sahaja harga biasa RM200




Berminat SMS 0136823810
sah selagi stok promosi masih ada

Sunday, 19 February 2012

PILIHAN PELABURAN? ANDA TENTUKAN


Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)."
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


Emas adalah pelaburan yang paling baik dan jaminan untuk persaraan. di atas adalah contoh perbandingan di antara pelaburan yang mendapat perhatian rakyat Malaysia.Namun kebanyakan mereka tidak menyedari bahawa pelaburan emas lebih menguntungkan.

Kebanyakan rakyat Malaysia membeli emas 916 sebagai perhiasan yang dipakai seharian. Tapi kini kami Team KD Jewellery ingin mengajar anda bagaimana menjadikan emas sebagai pelaburan dan perniagaan yang menguntungkan. Pernahkan anda terfikir untuk menjadi TOKEY Emas?. Kami akan ajarkan anda....bagaimana Teknik matiply Emas dan menjadi TOKEY emas dan menjana pendapatan sehinggan 6 angka!.

6 tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas


Tips-tips tersebut adalah:
1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM (www.fgjam.org.my) Harga emas FGJAM adalah harga yang dicadangkan oleh Persatuan Penjual Barang Kemas yang banyak digunakan oleh kedai emas.
2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)
3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.
4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus. Kelemahan design nipis halus..barang kemas mudah patah terutama dekat penyakut..Jika patah...mmm..barang kemas itu dah dikira rosak..dan hanya akan dibeli semula oleh pekedai sebagai emas terpakai...mananya kedai emas akan beli balik pada harga jauh lebih murah..ini sudah tentu merugikan kita...
5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Barang kemas yang ada batu permata ..hatta berlian sekali pun jika nak gadai di ar rahnu..ia tidak diterima..pajak gadai ar rahnu hanya terima barang kemas yang tiada permata..emas 100%.. Begitu juga jika kita nak jual balik harga agak murah sedikit...
6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.

Monday, 13 February 2012

Belajar Cara-cara Membuka Kedai Emas


Kursus Intensif Kedai Emas Siri 2/2012 ... Peserta tgh fokus topik penting "Mendapatkan Harga Emas Terus Dari Kilang" .... (sesi 1) 

‎(sesi 2) ~ menguji ketulenan emas . Kita bakor x2

Sunday, 12 February 2012

Kelebihan Menyimpan Emas


Antara rahsia kelebihan kita menyimpan emas adalah:-
1. Emas adalah penyimpan nilai yang terbaik berbandingkan duit tunai..kerana harga emas sentiasa naik..jika kita simpan duit tunai RM1000.0 dalam masa 5 tahun pun dia akan tetap Rm1000.0..namun jika duit ini kita beli emas dan simpan, 5 tahun lagi emas yang kita  simpan akan bernilai lebih daripada RM1000.00 kerana kadar purata kenaikan emas setahun adalah melebihi 20 % !.
2.Emas boleh kita simpan dan jual dimana - mana negara sekali pun, manakala duit tunai..tidak akan laku dinegara lain..terutama jika apa - apa berlaku disesebuah negara. Sebagai contoh bila negara Iraq pada pemerintahan Sadam jatuh..duit negara Iraq pada masa itu tidak laku lagi..tapi jika rakyatnya simpan emas..pasti emas laku dan boleh dijual dimana mana negara pun..

Saturday, 11 February 2012

Info Emas

Soalan
Mengapalah melabur emas,.. macam tak untung je,.. sebab bila jual, lepas tu beli balik,.. harga dah semakin tinggi,...

Jawapannya,..
sebenarnya konsep ini masih lagi belum difahamkan dengan jelas,.. emas bila dibeli dan paling simple,.. simpan,.. lama-lama nilainya semakin meningkat.. walaupun berat dan saiznya tak meningkat...apabila dijual,.. harganya dah tentu tinggi,.. itu memang betul. ok,.. penjelasannya:

a) Bila beli dan jual...di sini kita akan dapat untung antara20-30% dalam setahun
bandingkan jika wang kita, kita simpan dlm bank,.. kita hanya dapat 2-3% sahaja. Manakala jika melabur dalam ASB,.. purata keuntungan kita dapat 8%... Melabur dalam unit Trust purata 10-20% dlm masa 3-5 tahun,.. Disini dari segi peratus 20%-8%=12% perbezaan... jika buat loanpn boleh untung lagi..

b) Apabila beli emas,.. buat apa nak jual,..
Jika kita membeli emas untuk isteri atau anak-anak kita, adakah kita menjualnya? kalau jual,.. rugilah.. xnak bagi rugi,.. kita pergilah pajak,.. dapatlah duit. Nak beli apa-apapn boleh, tapi bagi saya,.. baik beli emas lagi,... lagi banyak untung,.. nak tahu caranya,.. rujuk post berikutnya.


Rumusan,.
.Sebenarnya, emas ini adalah pelaburan masa hadapan,.. malah ia lebih daripada itu,.. emas mempunyai beberapa keistimewaan, antaranya:-
1. Emas merupakan simbol kekayaan yang sebenarnya kerana ia merupakan aset kita di masa hadapan.
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. Dalam masa setahun sahajapun kita sudah dapat melihatnya. Bayangkan jika kita menyimpannya selama 10 tahun nanti,.. berapa ek?
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang. Ini kerana nilainya tidak kukuh. semakin banyak wang dicetak,.. maka semakin jatuhlah nilai wang tersebut. Nilai wang semakin hari semakin jatuh. 
4. Aset yang terunggul. Emas boleh digunakan di seluruh dunia.bawalah ke negara mana sekalipun. Ia tetap berharga. Ini menunjukkan emas mempunyai kecairan yang tinggi.
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa sahaja. Ia tidak boleh dicetak berulang kali seperti mana wang kertas.

Friday, 10 February 2012

Gegar Emas 2012




Gegaran Emas 2012, InsyaAllah Group Kami Akan Cuba Mencapai Target Untuk Membuka Kedai Emas Pertama Di Perak.

Thursday, 9 February 2012

Harga Emas Harian

Ini Adalah Kompilasi Harga-Harga Emas Di Malaysia & Dunia. Bandingkan dengan harga kami:

1. Harga harian syiling kijang emas (Bank Negara Malaysia)
2. Harga harian emas public bank gold investment account (GIA)
3. Harga emas syarikat public fine gold (Public Gold)
4. Harga emas syarikat public dinar (Public Dinar)
5. Harga dinar emas kelantan
6. Harga emas uob bank physical gold product
7. Harga emas uob gold saving account (GSA)
8. Federation of goldsmiths and jewellers association of malaysia (FGJAM)
9. Harga emas dunia (spot gold)
10. Harga emas dunia (spot gold) dalam RM/gram
11. Harga harian emas maybank gold investment account (GIA)
12. Harga emas kuwait finance house gold account - i (KFHGA-i)
13. CIMB gold deposit account
14. Harga emas GCP
15. Harga emas GSR

Tips Pelaburan Emas Fizikal


  • Jangan laburkan kesemua aset tunai anda kepada pelaburan emas kerana anda mungkin memerlukan wang dalam tempoh masa segera 
    di masa hadapan. Jika anda ingin menjual dalam keadaan 'kecemasan' sudah tentulah anda tidak mendapat tawaran harga terbaik.

  • Jangan melakukan spot gold/top up hutang setelah tempoh 6 bulan sampai. Bayar upah simpan dengan wang anda sendiri kerana anda 
    boleh mengekalkan upah simpan lama jika anda membayar upah simpan dengan wang sendiri.

  • Cuba untuk membuat bayaran secara bulanan kepada pihak bank dan tidak menunggu sehingga 6 bulan. Anggaplah pembelian EMAS 
    semacam bentuk force saving (simpanan paksaan) yang memberi keuntungan di masa depan. 

  • Jangan terlampau mempercayai janji2 ejen jualan emas yang menjanjikan pulangan yang terlampau tinggi. Kenaikan harga emas setahun 
    secara puratanya 30% setahun. Juga harus diambil kira sphread jual/beli(5-15%) dan juga upah simpanan arrahnu jika anda menggunakan 
    perkhidmatan ar-rahnu semasa pembelian.

  • Ingatlah bahawa setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri, begitu juga dengan pelaburan emas. Jadi, melaburlah atas risiko sendiri 
    dan janganlah menyalahkan orang lain diatas kegagalan anda.

Ingin Melabur Emas Tapi Kekurangan Modal & Ilmu?

Kebelakangan ini pelaburan EMAS telah menarik ramai pihak untuk menceburinya. Akan tetapi tentulah amat sukar untuk mengadili cara yang mana yang dapat memberikan pulangan yang paling tinggi dan risiko yang lebih rendah. Kita sepatutnya bersyukur kerana berada di sebuah negara yang mendahului dalam sistem kewangan Islam(perbankan, insurans, pelaburan, pajak gadai dan lain-lain). Jadi, seharusnyalah kita memanfaatkannya. Kenapa hanya menjadi pemerhati? 

Kejatuhan nilai Fiat Money(wang kertas) adalah sesuatu yang amat ditakuti oleh semua orang termasuk pakar2 ekonomi dan juga rakyat marhain. Tapi apakah jalan penyelesaiannya? Adakah cukup sekadar kita berdiam diri sahaja dan menghitung hari? Marilah kita sama-sama berjihad untuk menyelamatkan aset dan juga harta kawan- kawan seagama dengan kita. Rata-rata pelanggan yang saya temui memang telah lama menyimpan impian untuk melabur dalam emas, akan tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya dan dimana ingin mendapatkannya. Ada yang mengambil jalan pintas dengan hanya membeli emas sebanyak mungkin dari kedai-kedai emas berdekatan. Itu adalah satu tindakan yang baik akan tetapi kurang bijak kerana sphread harga yang tinggi jika membeli/jual di kedai-kedai emas konvensional. 

Dengan itu kami di Kedai Emas Sri Keembong ingin menawarkan kepada anda platform pelaburan EMAS fizikal yang terbaik dan menguntungkan. Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran. Stok barang emas kami terdiri daripada Dinar, Jongkong & rantai EMAS 999. Bertindaklah segera sebelum nilai wang kertas(Fiat Money) anda menyusut kerana inflasi yang melanda dunia. 

Persoalannya disini adakah anda ingin mengetahui: 
  • Bagaimana untuk menggandakan stok EMAS anda?
  • Berapa banyakkah jumlah EMAS yang mampu miliki dengan aset (wang tunai, saham, saham amanah etc.) yang anda miliki.
  • Berapakah jangkaan keuntungan yang mampu anda perolehi setelah ditolak segala kos dan
    juga beza harga jual/beli.
  • Bagaimana caranya memaksimakan keuntungan anda melalui pelaburan EMAS.
  • Bagaimana caranya untuk membebaskan diri anda dari belenggu hutang ar-rahnu.
  • Bagaimana caranya untuk 'menyimpan' sambil mendapat keuntungan dari kenaikan harga EMAS. 

Kami boleh tunjukkan caranya. Tiada obligasi! 

"Walau bagaimanapun melaburlah di atas risiko sendiri. Fikirkan dan buat kira2 akan kemampuan anda sebelum melabur.
Jangan terikut2 dengan rakan2 sekeliling melabur, anda pun ingin melabur. Itu adalah tindakan yang salah. 
Pelaburan EMAS juga ada risikonya sendiri untuk mengalami kerugian/kejatuhan.